'Tubuh JKDM di Sabah bukan untuk pecah belah akar umbi' - Ahmad Zahid
KOTA KINABALU - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan bahawa beliau tiada niat untuk memecahbelahkan rakyat di akar umbi dengan penubuhan Jawatankuasa Kemajuan Desa Madani (JKDM) di Sabah dan dua negeri lain.Sebaliknya, jelas Presiden UMNO itu, penubuhan JKDM adalah untuk pelengkap dan tambahan kepada perkara sedia ada sekali gus menyantuni rakyat yang terpinggir di negeri ini.
"Sebenarnya kita berhasrat untuk melengkapkan dan tambahan kepada apa yang sedia ada dan kita tidak berniat pun bersaing atau mencari jalan yang berbeda, kita mahu memperkukuhkan akar umbi kita agar rakyat yang terpinggir itu dapat kita santuni. Itu maksud saya.







0 ulasan "PENUBUHAN JKDM SATU NILAI TAMBAH", Baca atau Masukkan Komentar
Catat Ulasan