LAWATAN MENTERI JKR SABAH DAN ADUN N.40 LABUK

Pada 13 Disember 2023:LAWATAN MENTERI JKR SABAH YB Datuk Ir. Haji Shahelmey Yahya,ADUN N.40 Labuk YB Datuk Samad Jambri,Pegawai Daerah Beluran,Jurutera Daerah Beluran dan rombongan telah memantau sendiri keadaan jalan sepanjang jalan dari Kg.Kuala Sapi,Kg.Manduring dan melalui Kg.Bintangmas terus ke Ulu Sapi.

Cikgu Luzinin Bandasi dan Cikgu Saidi Liasan mewakili penduduk kampung telah menyampaikan maklumat tentang keperluan naik taraf jalan gravel sepanjang jalan bermula daripada Kg Kuala Sapi,melalui jalan Kg.Manduring terus ke Kg.Bintangmas tembus Ulu Sapi.Disamping itu telah diterangkan keperluan penyambungan bekalan air bersih di Kg.Manduring.


Menurut penerangan ADUN N40 Labuk, kerja penurapan jalan ini dufah diluluskan oleh kerajaan dan kkontraktor telah dilantik untuk melaksanakan turapan serta kerja akan bermula pada bulan Jun atau Julai tahun 2024.
Lawatan ini turut mendapat liputan dan jadi bahan siaran berita RTM Sabah.



0 ulasan "LAWATAN MENTERI JKR SABAH DAN ADUN N.40 LABUK", Baca atau Masukkan Komentar

Catat Ulasan