JALAN DINAIKI AIR BANJIR JIKA HUJAN BERTERUSAN

 

Apabila musim tengkujuh atau hujan turun 24 jam laluan jalan Manduring tidak dapat dilalui oleh sebarang jenis kenderaan disebabkan beberapa kawasan sepanjang jalan diganangi air,tambah parah apabila aliran air sungai Sungai Sapi  air pasang.Air mengganangi jalan boleh melebihi seminggu bergantung kepada hujan yang turun terus menerus.
Dari arah Beluran ke Kg.Manduring ada 7 tempat yang selalu dan biasa dinaiki air yang dalam di atas jalan raya.Dari Bintangmas ke Kampung Manduring ada dua tempat yang selalu diganangi air paras dalam.

Apabila keadaan ini berlaku maka murid sekolah daripada Kampung Manduring dan Ladang Reka Halus tidak dapat pergi ke sekolah.

Jalan dari arah Bintangmas

Biasanya penduduk kampung manduring akan menerima bantuan Banjir daripada Parlimen Beluran atau daripada ADUN N40 Labuk.Bantuan diberikan bukan kerana kawasan kampung dilanda banjir tetapi penduduk tidak dapat keluar untuk mendapatkan bekalan makanan.

0 ulasan "JALAN DINAIKI AIR BANJIR JIKA HUJAN BERTERUSAN", Baca atau Masukkan Komentar

Catat Ulasan