Kuala Lumpur: Jawatankuasa Komuniti Desa Madani (JKDM) berperanan sebagai pelengkap dan nilai tambah dalam usaha menyantuni rakyat, kata Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang.
Justeru beliau berkata fungsi JKDM tidak bertindih dengan tugas yang diperuntukkan kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP).
Menurut Rubiah JPKK dan JPKKP berperanan untuk mengurus dan mentadbir sesuatu kampung manakala JKDM bertindak menyelaras program sosioekonomi dan keusahawanan di kawasan berkenaan.
"Ini adalah langkah proaktif Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) untuk merealisasikan hasrat kerajaan dalam usaha menghapuskan kemiskinan tegar di peringkat akar umbi," katanya menjawab soalan tambahan Shaharizukirnain Abd Kadir (PN-Setiu) pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.







0 ulasan "FUNGSI JKDM TIDAK BERTINDIH DENGAN JPKK DAN JPKKP", Baca atau Masukkan Komentar
Catat Ulasan